SEJARAH SEKOLAH






Sekolah Kebangsaan Ragkam, mula beroperasi pada 21 Mac, 1977 dengan bilangan murid seramai 13 orang iaitu, 9  orang lelaki dan 4 orang perempuan. Guru Besar yang pertama sekali dihantar oleh Jabatan Pelajaran Sabah untuk mengendalikan urusan pentadbiran di sekolah ini ialah Encik Primus Otigil dengan dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Encik Richard J. Lakim.  Guru Besar yang pertama ini telah memberI nama sekolah yang baru dibuka ini “Sekolah Kebangsaan Ragkam” kerana sempena nama sebuah anak sungai bernama “Ragkam”.  Anak sungai ini terletak berhampiran dengan kawasan sekolah dan airnya mengalir terus ke Sungai Tondulu. Airnya memang jernih dan sejuk.  Keadaan geologi kawasan sekolah yang berbukit menyebabkan anak sungai Ragkam mengalir di kawasan yang curam dan membentuk air terjun di sepanjang anak sungai.  Salah satu air terjun tersebut terbentuk berhampiran kawasan sekolah.  Sekolah amat bertuah kerana mempunyai anak air terjun tersebut.  Puan Julita Pakang selaku Guru Besar telah menjadikan air terjun ini sebahagian daripada sumber pendidikan di sekolah.  Beliau telah membina sebuah pondok di kawasan air terjun.  Flora di sekitar kawasan anak air terjun juga telah dipelihara.

Sejarah Sekolah:
Tahun 1970-an,
  • Ketua Kampung En. Masudang Somolu mencadangkan penubuhan sekolah di Kg. Kuyungon kepada wakil rakyat ketika itu, iaitu mendiang Datuk Anthony Gibon,
 Di antara tahun 1973-1974.
  • Permohonan pembinaan bangunan sekolah telah diluluskan.
  • Mendiang KK. Masudang telah mendermakan sebidang tanah berkeluasan 6.05 ekar sebagai tapak pembinaan sekolah.

 Tahun 1977
  • Bangunan sekolah telah siap dibina.
  • Mengandungi 2 bilik darjah.
  • Mula beroperasi pada 21 Mac, 19977.  Bilangan murid 13 orang iaitu 9 lelaki dan 4 perempuan. Guru Besar yang mula mentadbir ialah En. Primus Otigil dan dibantu seorang guru iaitu En. Richard J. Lakim.
  • Sekolah baru ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Ragkam, sempena nama anak sungai yang berhampiran dinamakan “Sungai Ragkam”.
 Tahun 1987.
  • Satu lagi bangunan baru dibina yang mengandungi tiga bilik darjah, satu bilik guru besar dan sebuah setor.
 Awal Tahun 1990.
  • Satu bangunan rumah guru berkembar telah dibina.
Tahun 2008 dan 2009
  • Bangunan Prasekolah telah siap di bina pada 2008.
  • Mula beroperasi pada awal tahun 2009. Seramai 3 orang murid prasekolah, satu orang guru wanita dari Negari Kelantan dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid.
  • Awal tahun 2009, satu unit bangunan kabin mula dibina. Mempunyai 2 bilik darjah dan 2 bilik tandas.

No comments:

Post a Comment